RUU mufti dikaji teliti, jawatankuasa penggubalan dibentuk 2021

RUU mufti dikaji teliti, jawatankuasa penggubalan dibentuk sejak 2021

MOHD. NA'IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Dakwaan bahawa Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan 2024) digubal secara tergesa-gesa dan dipengaruhi oleh pihak tertentu adalah tidak benar sama sekali.

Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, penggubalan RUU Mufti itu dikaji melalui Jawatankuasa Penggubalan RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) yang ditubuhkan sejak 2021.

Jelasnya, RUU Mufti telah melalui suatu proses penggubalan yang teliti dan panjang bagi memastikan suatu RUU yang komprehensif digubal serta teratur dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang yang berkuat kuasa.

“Ia adalah usaha yang diambil kerajaan bertujuan memartabat dan memperkasakan institusi Mufti di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

“Menerusi pemerkasaan ini, jelasnya, bidang kefatwaan dan pembangunan hukum syarak akan dapat ditadbir secara teratur, telus serta berwibawa ke arah meningkatkan keberkesanan tadbir urus pentadbiran Islam di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Na’im, Jawatankuasa Penggubalan RUU itu dianggotai pelbagai pihak iaitu wakil daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Peguam Negara.

Ini termasuk Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Mufti Selangor.

“Sehubungan dengan itu, semua pihak dinasihatkan untuk berhati-hati dengan sebarang kenyataan yang tidak bersandarkan fakta kerana ia boleh mencetuskan polemik terhadap usaha murni ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya