RUU 355 tidak dibentang sesi Parlimen minggu depan

RUU 355 tidak dibentang sesi Parlimen minggu depan – Mohd Na’im

MOHD. Na'im Mokhtar ketika melancarkan Pelepasan Jelajah Peduli Ummah: Sejahtera Insan Al-Falah anjuran Mapim di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) tidak akan dibentangkan pada sesi Parlimen minggu depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar ketika ditemui hari ini bagaimanapun, tidak mendedahkan lanjut perkara itu.

“Tidak ada (pembentangan RUU 355 pada sesi Parlimen minggu depan) dan belum lagi. Yang itu seperti mana yang diputuskan,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran dan Pelepasan Jelajah Peduli Ummah: Sejahtera Insan Al-Falah anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) di sini, hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, pindaan RUU 355 itu tidak akan dilakukan secara tergopoh-gopoh sebaliknya perlu mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan.

RUU 355 bertujuan meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang terhad, iaitu denda RM5,000 atau tiga tahun penjara atau/dan sebat enam kali kepada bidang kuasa lebih mengikut syariah, kecuali hukuman bunuh.

Dalam perkembangan lain, Mohd Na’im mengesahkan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga di Dewan Rakyat minggu depan selepas dipersetujui Kabinet.

“RUU ini dibentangkan untuk memperkukuhkan institusi kefatwaan di Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur, Labuan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya