Rumah roboh disedut sungai akibat banjir

Rumah roboh disedut sungai akibat banjir

HAMINAH Ngah (dua kiri) bersama keluarganya menunjukkan sebahagian rumahnya yang roboh ke dalam Sungai Ketil ketika banjir di Kampung Batu 60, Tanjung Pari, Baling, Kedah semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Sebahagian struktur rumah seorang penduduk di Kampung Batu 60, Tanjung Pari, di sini roboh ke dalam sungai ekoran banjir kilat yang berlaku di kawasan itu baru-baru ini.

Kediaman milik Haminah Ngah, 66, itu disewakan kepada sepasang suami isteri yang ketika kejadian tiada di rumah kerana bekerja di kawasan pembalakan berhampiran.

Adik Haminah iaitu Khatijah, 59, berkata, kejadian disedarinya selepas meninjau rumah tersebut yang hanya terletak kira-kira dua meter dari Sungai Ketil.

“Dua kali banjir sebelum ini telah menghakis sedikit demi sedikit tebing sungai itu apabila air sungai deras dan hujan lebat setiap hari.

“Sebelum ini pun saya melihat tiang rumah kakak telah tergantung sehingga tiba-tiba sebahagian rumahnya terus roboh ke dalam Sungai Ketil,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Justeru, Khatijah memohon pihak berkaitan melakukan sesuatu bagi mengelakkan tebing sungai tersebut terus runtuh dengan lebih teruk.

“Saya bimbang jika tidak dibaiki tebing sungai ini, hakisannya akan merebak ke kawasan rumah saya dan sebuah rumah lagi yang berhampiran iaitu sekitar 20 meter sahaja,” katanya.

Sementara itu, anak Hamimah, Mohd. Nazri Che Neh, 48, berkata, runtuhan sebahagian rumah itu diburukkan lagi dengan kejadian dua batang pokok besar yang menahan tebing sungai telah tumbang, sebelum ini.

“Mungkin disebabkan itu, air sungai yang deras telah menyebabkan hakisan tebing menjadi semakin serius lalu meruntuhkan sebahagian dapur dan bilik tidur rumah ibu,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya