KUALA LUMPUR: Sebuah rumah kedai tiga tingkat di Lorong Haji Taib 5, di sini musnah dalam kebakaran pagi tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan melalui sistem MERS999 pada pukul 11.31 pagi.
“Pasukan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa bersama jentera FRT-5, EMRS -1, W/TENKER-2, ALP-1 dan BATV-1 dengan kekuatan 60 orang anggota bergegas ke tempat kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian, didapati api masih marak. Bagaimanapun kebakaran berjaya dipadamkan dan operasi mencari punca kebakaran masih dijalankan,” katanya.
Menurutnya, tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran itu. – UTUSAN