RM600 juta untuk Nadma

RM600 juta untuk Nadma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) diperuntukkan sebanyak RM600 juta sebagai persiapan mendepani musibah banjir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu termasuk lebih RM300 juta yang  disediakan untuk persiapan sekiranya berlaku bencana pada bila-bila masa.

“Sebanyak RM20 juta geran padanan disediakan segera kepada yayasan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk memperhebat respon dan penyaluran bantuan kepada mangsa di kawasan terjejas banjir,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN