RM600 juta baik pulih Bangunan Sultan Abdul Samad dan Carcosa Seri Negara

RM600 juta baik pulih Bangunan Sultan Abdul Samad dan Carcosa Seri Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sejumlah RM110 juta ringgit disediakan bagi melengkapkan kawasan pelancongan, menjalin kerjasama ekopelancongan dan menyokong pencalonan UNESCO.

Ia seperti menambah baik kemudahan di Taman Negara Endau Rompin, Johor; Pulau Redang, Terengganu dan Pantai Tusan Bekenu, Sarawak serta menjalin kerjasama ekopelancongan dengan UNDP dan Habitat Foundation.

Pencalonan UNESCO untuk Tapak Lombong Bijih Timah Sungai Lembing, Pahang, budaya perarakan Chingay dan tarian singa.

Bagi memelihara Kuala Lumpur sebagai bandar raya budaya dan kreatif, Khazanah menyediakan RM600 juta ringgit untuk memulih serta mengangkat nilai Bangunan Sultan Abdul Samad dan Carcosa Seri Negara. 

Ini termasuk membina jambatan bertingkat yang menghubungkan Taman Botani Perdana dengan Carcosa Seri Negara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN