RM50 juta perluas pendidikan AI ke IPTA

RM50 juta perluas pendidikan AI ke IPTA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) akan diperluas ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta ketimbang RM20 juta diperuntukkan tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Universiti Malaya (UM) menumpukan AI bidang perubatan bagi menangkis tantangan penyakit maut seperti kanser.

Katanya, Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menubuhkan Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia dengan kerjasama NACSA bagi menyusul AI pengkomputeran kuantum sebagai persiapan mendepani ancaman keselamatan siber serba rumit.

“Universiti Sains Malaysia (USM) menelusuri AI semikonduktor selari dengan status Malaysia sebagai hub semikonduktor dunia yang meningkatkan kerjasama termasuk dengan Intel dan Infineon.

“Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerajui AI alih bahasa dalam usaha mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN