RM300 juta untuk Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara

RM300 juta untuk Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM300 juta di bawah Dana Mudah Cara Peralihan Tenaga Negara berbanding RM100 juta yang diperuntukkan tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beberapa projek Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) juga sudah memasuki fasa pelaksanaan.

“Ladang Solar Terapung Hidro Hibrid Kenyir dan hab hidrogen hijau di Terengganu. Projek ini berupaya menghasil sehingga 1,000 megawatt dan separuh kapasiti ini akan digunakan untuk projek hab hidrogen hijau pertama di Terengganu melibatkan kerjasama Petronas dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Keduanya Program Large Scale Solar (LSS). Projek ini untuk membangunkan loji jana kuasa solar berskala utiliti dengan tawaran kuota 2,000 megawatt. 

“Proses bidaan telah ditutup dan penilaian dijangka selesai selewat-lewatnya Disember 2024,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN