RM224,000 duit simpanan KWSP lebur ditipu pelaburan di WhatsApp

RM224,000 duit simpanan KWSP lebur ditipu pelaburan di WhatsApp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seorang lelaki berputih mata selepas duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) miliknya lebur selepas menyertai pelaburan tidak wujud di aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, pihaknya menerima laporan kes itu semalam melibatkan mangsa seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun.

Katanya, mangsa kerugian RM224,000 selepas menyertai skim pelaburan dikenali sebagai freezer itu.

“Kejadian bermula pada Januari 2022, di mana mangsa telah melihat iklan skim pelaburan itu di aplikasi Whatsapp. Pada mulanya mangsa ditawarkan untuk membeli tiga unit freezer yang berharga RM11,000.00 setiap satu unit.

“Mangsa kemudian telah melaburkan wang RM33,000 dan dijanjikan akan mendapat pulangan RM800 bagi setiap unit dalam tempoh 24 bulan. Selepas mangsa mendapat keuntungan pertama berjumlah RM85,600 mangsa telah membuat pelaburan penambahan secara berperingkat sehingga pelaburannya mencecah RM224,000.

“Mangsa menyedari ditipu apabila tidak menerima komisen pulangan hasil pelaburan seperti yang dijanjikan setiap bulan berjumlah RM22,400.00 bagi 28 unit freezer yang dilaburnya,” katanya dalam kenyataan di sini.

Yusoft berkata, mangsa memberitahu pihak polis bahawa wang yang dilaburkannya itu adalah wang dari wang simpanan KWSP dan wang simpanan peribadinya.

Menurutnya, susulan itu polis akan menjalankan siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu.

“Polis Daerah Kota Tinggi menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati terhadap skim pelaburan yang tidak sah atau tidak berdaftar. Jangan terpedaya dengan skim pelaburan palsu yang menjanjikan pulangan sangat lumayan dalam masa singkat.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat berkaitan modus operandi jenayah komersial terkini dengan mengikuti laman sosial rasmi jabatan siasatan jenayah komersial seperti Facebook, Instagram dan Tiktok. Mangsa juga boleh hubungi National Scam Respone Centre (NSRC) di talian 997,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya