RM210 juta untuk kelestarian bahasa dan pembangunan karya kreatif - Utusan Malaysia

RM210 juta untuk kelestarian bahasa dan pembangunan karya kreatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan terus komited dengan memperuntukkan keseluruhan
RM210 juta bagi menyokong kelestarian bahasa dan pembangunan karya kreatif di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi pembentangan Belanjawan 2025 semalam memperincikan pecahan peruntukkan tersebut yang bakal dimanfaatkan untuk mempergiat aktiviti bahasa dan kesusasteraan serta pembangunan industri seni kreatif.

“Bagi mengangkat darjat bahasadan kesusasteraan, Kerajaan menyediakan RM50 juta untuk Dewan Bahasa dan Pustaka bekerjasama dengan penggiat bahasa untuk mempergiat aktiviti bahasa dan kesusasteraan khususnya dalam kalangan generasi muda. Ini juga termasuk mengalih bahasa karya-karya agung, penganjuran teater serta memelihara bahasa kaum minoriti seperti etnik Siam.

“Kerajaan juga mendukung penuh pembangunan industri seni kreatif dengan peruntukan Dana Kandungan Digital ditingkatkan kepada RM65 juta bagi mempromosi karya-karya terutamanya yang
berteraskan semangat kenegaraan.

“Hampir RM40 juta turut disediakan di bawah Insentif Filem di Malaysia (FIMI) bagi menyokong penerbitan filem antarabangsa di Malaysia,” katanya.

Anwar pada masa yang sama turut memperincikan peruntukan RM25 juta ringgit (yang merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan peruntukan) bagi menyokong industri kreatif melalui suntikan ekuiti kepada syarikat berpotensi tinggi dan menyediakan pembiayaan untuk usahawan sosial kreatif.

“Pada masa yang sama, Program Belia Kreatif MADANI akan dianjurkan bagi menarik hampir 16 ribu anak muda menceburi bidang seni dengan peruntukan RM30 juta.

“Aktiviti disematkan termasuklah bengkel kemahiran videografi kandungan kreatif, pembangunan komuniti filem serta pertandingan filem pendek,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN