RM200 juta laksana Dasar Gaji Progresif

RM200 juta laksana Dasar Gaji Progresif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM200 juta untuk pelaksanaan Dasar Gaji Progresif yang akan memberikan manfaat kepada 50,000 pekerja.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim. berkata, Dasar Gaji Progresif merupakan ikhtiar Kerajaan Madani untuk mereformasi pasaran buruh dengan matlamat meningkatkan pendapatan pekerja.

“Dasar ini sudah mula dilaksana secara rintis pada Jun lalu dan akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada tahun hadapan. Dasar Gaji Progresif diperuntukkan sebanyak RM200 juta dan ia akan memanfaatkan 50,000 pekerja,” katanya.

Selain itu kata Anwar, Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) iaitu ikhtiar kerajaan menoktahkan kemiskinan tegar melalui peningkatan pendapatan rakyat.

Anwar yang juga Perdana Menteri berkata, sebanyak RM250 juta diperuntukkan untuk meningkatkan penyertaan lebih ramai rakyat miskin tegar mengikuti program IPR bagi menambah pendapatan golongan sasaran pada tahun depan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN