KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2 bilion bagi memperkasa institusi pendidikan Islam pada tahun depan.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, RM150 juta dikhususkan untuk penyelenggaraan prasarana pendidikan Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) seperti sekolah pondok, sekolah tahfiz dan sekolah agama rakyat.
“Kerajaan juga bersetuju menambah kuota guru Kelas al-Quran dan Fardu Aian (KAFA) sebanyak 1,500 orang selari dengan tuntutan pendidikan fardu ain untuk anak-anak.
“Kerajaan bersetuju meningkatkan kadar wang saku penuntut sebanyak RM100 bagi membantu penuntut di Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS), Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak 128 (IKMAS) dan Darul Quran JAKIM,” katanya yang juga Perdana Menteri. – UTUSAN