RM128 juta diperlukan atasi banjir di Bagan Datuk - Utusan Malaysia

RM128 juta diperlukan atasi banjir di Bagan Datuk

AHMAD Zahid Hamidi (empat dari kanan) menerima cenderahati pada Hari Terbuka Malaysia Madani, Unisel Depani dan Kelapa Fest di Bagan Datuk hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Sebanyak RM128 juta diperlukan untuk membaiki masalah ban tebatan banjir yang rosak di Bagan Datuk, sekali gus mampu menangani masalah banjir di daerah itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, menjelaskan terdapat 12 rebakan dikesan di ban sedia ada dalam tinjauannya di sini sebagai Ahli Parlimen Bagan Datuk.

“Kerajaan memutuskan sebanyak RM18 juta diperlukan untuk membaiki ban Sungai Tiang Selatan manakala RM10 juta untuk ban Sungai Tiang Utara, dengan tender akan dikeluarkan (tidak lama lagi),” jelasnya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Program Jelajah Hari Terbuka ‘Malaysia Madani, Unisel Depani’ dan Pesta Kelapa dengan kerjasama Parlimen Bagan Datuk di Dataran Pesisir Bagan Datuk, hari ini.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu menjelaskan kementeriannya pula memperuntukkan 500,000 untuk menaik taraf kunci air yang telah rosak yang boleh menahan banjir atau air daripada memasuki kawasan Sungai Tiang.

Pada masa sama, jelasnya, 10 lagi kerosakan ban itu memerlukan peruntukan RM100 juta atau RM10 juta setiap satu yang memerlukan peruntukan sama ada daripada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Kementerian Ekonomi atau Kementerian Kewangan.

Beliau memberitahu, masalah berlaku di Bagan Datuk kerana kedudukan muka bumi menyamai Belanda iaitu lebih rendah dari paras air laut.

Justeru, katanya, apabila hujan lebat atau fenomena air pasang besar, air laut akan melimpah ke daratan dan menenggelamkan tanaman serta penempatan penduduk.

Oleh itu, beliau juga akan mengadakan perbincangan dengan agensi kerajaan berkaitan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) untuk penyelesaian jangka panjang masalah tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya