RM1 bilion ikhtiar tangani kos sara hidup

RM1 bilion ikhtiar tangani kos sara hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan menyediakan RM1 bilion untuk menganjurkan ikhtiar menangani kos sara hidup dengan lebih meluas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia meliputi Program Payung Rahmah yang ditingkatkan peruntukan kepada RM300 juta, ketimbang RM200 juta pada tahun ini.

Beliau berkata, Jualan Rahmah akan diperhebat bagi menawarkan barangan keperluan asas pada harga berpatutan di semua Dewan Undangan negeri (DUN) setiap bulan.

“RM700 juta dikhususkan untuk memperbanyak saluran program kos sara hidup lain bagi mengawal harga barang, termasuk melalui usaha sama dengan pengusaha pasar raya, pasar borong, kedai runcit, pasar tani, koperasi dan sebagainya.

“Selain itu, RM250 juta disediakan bagi mengedarkan barangan keperluan asas di kawasan pedalaman dan desa termasuk memperluas ke kawasan baharu di Magandai, Kota Marudu, dan Nanga Pelawan, Bintulu,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN