RM1 bilion bantu warga emas

RM1 bilion bantu warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Peruntukan kebajikan warga emas akan ditingkatkan mencecah RM1 billion bagi membiayai bantuan tunai, wang saku institusi warga emas dan pusat aktiviti.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bercadang supaya pelepasan cukai pendapatan individu berkaitan aktiviti sukan dan penjagaan kesihatan disemak semula bagi memelihara kebajikan dan menjamin penjagaan warga emas.

Katanya yang juga Perdana Menteri, pelepasan cukai perbelanjaan pemeriksaan perubatan penuh ibu bapa diperluas untuk meliputi kos pemvaksinan.

“Keduanya, pelepasan cukai perbelanjaan peralatan dan aktiviti sukan diperluas kepada ibu bapa dan ketiga, pelepasan cukai perbelanjaan rawatan perubatan bagi ibu bapa turut merangkumi datuk dan nenek.

“Keempat, pengecualian cukai pendapatan individu ke atas elaun penjagaan anak diperluas meliputi penjagaan warga emas iaitu ibu bapa, datuk dan nenek.

“Kelima, potongan cukai tambahan bagi majikan yang membayar elaun penjagaan anak turut diperluas meliputi penjagaan warga emas iaitu ibu bapa, datuk dan nenek,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN