Rita Rudaini tiba di karpet merah bersama anak - Utusan Malaysia

Rita Rudaini tiba di karpet merah bersama anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelakon, Rita Rudaini, 48, mencuri tumpuan apabila tiba di karpet merah Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36) bersama dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 15, dan Airit Qaqa Arjuna, 13.

Rita yang tercalon dalam kategori Top 5 Aktres Pembantu TV Popular itu berkata, dia berasa lega apabila berjaya memujuk kedua-dua anak lelakinya itu ke acara berprestij ini.

“Mereka datang untuk memberikan sokongan. Saya tanya sahaja dekat mereka nak tak ikut saya ke ABP. Bila mereka nak saya pun okay sahaja.

“Senang sahaja nak pujuk mereka. Ini kali pertama mereka hadir temankan saya ke acara seperti ini,” katanya.

Dalam pada itu, Rayyan dan Qaqa berharap agar ibunya dapat merangkul trofi Aktres Pembantu TV Popular pada malam ini.

“Kami harap mummy menang anugerah malam ini,” kata mereka ringkas.

Untuk info, Rita tersenarai dalam kategori Top 5 Aktres Pembantu TV Popular bersama empat lagi barisan pelakon hebat seperti Alya Iman, Amyza Aznan, Bella Hanna dan Puteri Sarah Liyana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya