Ribut Tropika Trami bawa hujan, pembentukan garis badai

Ribut Tropika Trami bawa hujan, pembentukan garis badai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ribut Tropika Trami yang sedang aktif di Laut China Selatan diramalkan menyebabkan peningkatan kelajuan angin yang membawa hujan berterusan dan pembentukan garis badai membabitkan barat Sabah, utara dan pantai timur Semenanjung.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan berkata, ribut tropika Trami dijangka bergerak ke arah barat menghala ke Vietnam ketika ini.

“Keadaan ini menyebabkan peningkatan kelajuan angin di rantau negara sehingga 28 Oktober dan ia berpotensi membawa hujan berterusan di barat Sabah serta pembentukan garis badai di utara dan pantai timur Semenanjung dalam tempoh tersebut.

“Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) bagi negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuatkuasa sehingga 25 Oktober.

“Amaran angin kencang dan laut bergelora bagi Laut China Selatan dan Laut Sulu berkuat kuasa sehingga 27 Oktober,” katanya.

MET Malaysia turut menasihatkan orang ramai untuk sentiasa merujuk laman sesawangnya www.met.gov.my dan media sosial rasminya serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mengapatkan maklumat terkini dan sahih.

Berdasarkan perkongsian MET Malaysia, garis badai biasanya berlaku ketika musim Monsun Barat Daya.

Ia terhasil berikutan kelompok awam ribut petir aktif yang berada dalam satu barisan dan bergerak ke daratan.

“Panjangnya boleh mencapai beratus kilometer dan tempoh hayatnya mencapai beberapa jam. Ia berlaku di kawasan bersempadan dengan laut seperti pantai barat Semenanjung, barat Sabah dan Sarawak.

“Lazimnya terbentuk pada sebelah pagi atau malam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya