Ribut Trami: Malaysia hulur bantuan kemanusian kepada Filipina

Ribut Trami: Malaysia hulur bantuan kemanusian kepada Filipina

PULUHAN ribu penduduk Filipina terjejas akibat banjir besar yang berpunca daripada hujan lebat dalam tempoh dua hari di beberapa kawasan sehingga meragut nyawa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia segera menghantar bantuan dua pesawat kepada Filipina yang berdepan bencana besar akibat Taufan Tropika Kristine (Trami) yang negara itu.

Tindakan itu susulan puluhan ribu penduduk Filipina terjejas akibat banjir besar yang berpunca daripada hujan lebat dalam tempoh dua hari di beberapa kawasan sehingga meragut nyawa.

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi berkata, pada 24 Oktober, kerajaan Filipina mengemukakan Nota Diplomatik kepada Kedutaan Malaysia di Manila.

“Nota diplomatik itu bagi meminta bantuan kemanusiaan dan bencana dalam bentuk aset udara dan logistik untuk penghantaran barangan bantuan ke kawasan yang terjejas bencana,” katanya menerusi satu kenyataan.

Menurut Zahid, sebagai tindakan segera, Malaysia telah menawarkan kepada Filipina satu pesawat C-130 Hercules bagi tujuan mobilisasi udara barangan bantuan ke kawasan-kawasan yang terjejas serta pasukan SMART yang bersedia membantu dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Malah hari ini, Malaysia telah menghantar satu aset udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) iaitu Helikopter EC725 bersama 16 anak kapal untuk misi bantuan kemanusiaan dan bencana.

“Pasukan ini berlepas dari Pangkalan Udara Labuan dan telah tiba Pangkalan Udara Villamor di Manila pada pukul 2.48 petang. Tempoh penugasan adalah lapan hari, bermula 26 Oktober hingga 2 November,” jelasnya.

Setakat ini, berdasarkan laporan ASEAN Coordinating Centre for Humanitarian Assistance on disaster management (AHA Centre) merekodkan tujuh kematian, 197,000 mangsa dipindahkan dan kira-kira 2.8 juta penduduk terjejas akibat bencana ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya