Ribut sekali lagi landa Chukai, Kijal

Ribut sekali lagi landa Chukai, Kijal

HANAFIAH Mat (kiri) meninjau keadaan sebuah balai raya yang dihempap pokok dalam kejadian ribut dan hujan lebat di Kampung Fikri, Chukai, Kemaman, Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Beberapa buah kampung di sekitar Chukai dan Kijal, dekat sini, sekali lagi dilanda ribut dan hujan lebat kira-kira pukul 4 petang ini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar dan Pengurusan Bencana negeri, Hanafiah Mat berkata, antara kampung yang terlibat ialah Kampung Mak Lagam, Taman Fikri dan Kampung Banggol Permai di Chukai manakala di kawasan Kijal pula melibatkan Kampung Titian Berayun.

“Di Taman Fikri, sebanyak 20 buah rumah mengalami kerosakan pada bumbung, sebatang pokok turut tumbang menghempap Balai Raya Kampung Fikri.

“Di kawasan Kijal pula, difahamkan terdapat beberapa buah rumah turut terjejas namun bilangannya sedang dikenalpasti,” katanya ketika ditemui di sini, petang ini.

Hanafiah berkata, kejadian itu turut menyebabkan bumbung di salah sebuah bangunan di Kolej Kemahiran Tinggi Mara di Mak Lagam turut dilaporkan mengalami kerosakan.

“Difahamkan, beberapa kanopi peniaga kecil di kawasan Kijal turut diterbangkan angin, namun kejadian petang ini tidak seteruk ribut yang berlaku pada Rabu lalu,” katanya.

Pada Rabu, sebanyak 244 buah rumah penduduk di sembilan buah kampung dan tujuh buah sekolah di Chukai dilaporkan mengalami kerosakan pada bumbung ekoran hujan lebat dan angin kencang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya