Ribut: Remaja lelaki patah kaki kanan ditimpa wakaf runtuh - Utusan Malaysia

Ribut: Remaja lelaki patah kaki kanan ditimpa wakaf runtuh

KEADAAN bumbung SMA Al Falah, Chukai yang diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut dan hujan lebat di Kemaman, petang tadi. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang remaja lelaki patah kaki kanan selepas ditimpa sebuah wakaf yang runtuh dalam kejadian ribut dan hujan lebat di bandar Chukai, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Hanyan Ramlan berkata, kejadian itu berlaku tersebut berlaku kira-kira pukul 4 petang di beberapa buah kampung sekitar tiga radius dari bandar Chukai, termasuk Kampung Jalan Dato dan Kampung Kubang Kurus.

“Kejadian ini turut menyebabkan seorang remaja lelaki yang sedang berteduh di bawah wakaf berhampiran Pantai Teluk Mak Nik, mengalami patah kaki kanan apabila bumbung wakaf itu tiba-tiba runtuh.

“Remaja itu bagaimanapun telah dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman untuk rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini, petang ini.

Dalam kejadian ribut itu turut berlaku fenomena hujan batu di beberapa kawasan di sekitar bandar tersebut.

Hanyan berkata, kejadian ribut kencang yang berlaku kira-kira 10 hingga 15 minit turut menyebabkan banyak pokok tumbang dan beberapa fasiliti lain termasuk khemah perniagaan dan bumbung rumah penduduk turut diterbangkan angin.

“Bagaimanapun, kita masih belum menerima angka yang tepat berhubung kejadian,” katanya.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Mohd. Zailani Abdullah berkata, kira-kira 25 anggota bomba balai itu dan Balai Kemaman bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

“Ketika ini kita sedang memotong pokok-pokok yang tumbang di laluan utama dan kita turut menerima laporan tiang lampu yang terbalik.

“Sekolah Menangah Agama (SMA) Al Falah turut mengalami kerosakan bumbung dan manakala terdapat juga pokok tumbang di Sekolah Kebangsaan Seri Iman,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya