PETALING JAYA: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di beberapa kawasan tujuh negeri di sehingga pukul 6 petang ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), ia melibatkan Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar); Kelantan (Jeli) serta Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun).
Keadaan sama turut dijangka berlaku di Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor, Sarawak (Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu) serta Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Tawau dan Sandakan.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini. – UTUSAN