Remaja perempuan hilang Khamis lalu ditemukan semula

Remaja perempuan hilang Khamis lalu ditemukan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang remaja perempuan  Zaida Zainul Rizam, 16, yang dilaporkan hilang di Subang Jaya Khamis lalu  ditemukan semula  oleh orang awam malam tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, remaja itu kemudian dihantar ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.

Menurut beliau, pada 10 Oktober pukul 10.16 malam, IPD  Subang Jaya menerima laporan mengenai kehilangan remaja itu.

“Kali terakhir dia dilihat berada  di sekolahnya di Sekolah Menengah SS17  Subang Jaya pada pukul 1.30 petang, sebelum dilaporkan hilang oleh ibu bapanya,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Wan Azlan, lain-lain maklumat berkaitan orang hilang (OH) mengenai penemuan semula remaja itu belum  diperoleh.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya