Remaja maut motosikal langgar kereta buat pusingan U mengejut

Remaja maut motosikal langgar kereta buat pusingan U mengejut

MAYAT mangsa kejadian kemalangan di pekan Chengkau, Rembau malam semalam dihantar ke Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau bagi tujuan bedah siasat. - UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya melanggar sebuah kereta yang dipandu lelaki warga emas berusia 27 tahun yang tiba-tiba membuat pusingan U di Kilometer 32.1, Jalan Seremban-Tampin dekat pekan Chengkau di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Shaik Abd. Kadar Shaik Mohamed berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.10 malam menyebabkan mangsa, Khaiira Mohd. Zamri mengalami kecederaan parah di kepala serta anggota badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mangsa bekerja sebagai pembantu sebuah pasar raya di Seremban Jaya dalam perjalanan dari rumahnya ke Tampin. Apabila sampai di lokasi kejadian, mangsa telah melanggar sisi kanan kereta yang tiba-tiba membuat pusingan U.

“Kereta berkenaan datang dari bahu jalan sebelah kiri arah yang sama dan mahu berpatah balik ke pekan Rembau,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ujar Shaik Abd. Kadar lagi, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan manakala mayat mangsa dibawa ke Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau bagi tujuan bedah siasat.

“Punca kejadian adalah disebabkan pemandu kereta cuai ketika membuat pusingan U dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya lagi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya