RELA buka lembaran baharu, 79 pegawai terima DKM, SKM

RELA buka lembaran baharu, 79 pegawai terima DKM, SKM

YAHYA Sulaiman bergambar bersama graduan yang menerima sijil pada Majlis Apresiasi Graduan dan Penganugerahan Kecemerlangan 2024 di UTeM, Durian Tunggal, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) membuka lembaran baharu dalam sejarah agensi tersebut apabila 79 pegawainya menerima Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Ketua Pengarah RELA, Datuk Yahya Sulaiman berkata, kejayaan kumpulan pertama pegawainya menerima pensijilan masing-masing membuktikan pasukan itu ke arah diperkasakan lebih baik.

Menurutnya, ini merupakan pengiktirafan terbaik buat pegawai agensi itu dalam usaha meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan di mana jurulatihnya kini digelar pakar rujuk.

“Kalau dulu kita tidak ada kursus berkaitan dengan DKM dan SKM, namun hari ini adalah satu pengiktirafan tertinggi buat RELA dan kita sudah boleh melatih anggota ke arah yang lebih baik.

“Melalui pensijilan yang diterima dan menjadi harapan kami di RELA apabila agensi yang memerlukan perkhidmatan kami kini lebih yakin dan percaya terhadap kemampuan kami.

“Ini juga akan membuka peluang lebih banyak kepada perkhidmatan yang boleh kami berikan atau sampaikan kepada masyarakat melalui agensi serta rakan strategik seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penjara dan agensi sahabat yang lain,” katanya pada Majlis Apresiasi Graduan dan Penganugerahan Kecemerlangan 2024 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini, hari ini.

Yahya berkata, pegawainya kini telah diiktiraf atas kemahiran mereka setelah dinilai oleh pakar-pakar di UTeM dalam aspek teknikal seperti kawalan perimeter (RPC) dan senjata api.

Beliau menambah, kerjasama dengan UTeM bermula sejak awal tahun ini melalui pelaksanaan Program Pembangunan Sumber Manusia, Latihan Kemahiran Dalam Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) meliputi perkongsian kepakaran dalam bidang pengetahuan, kecekapan teknikal dan pengalaman praktikal.

Seramai 79 pegawai RELA telah diberi pengiktirafan melalui Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) dan National Occupational Skill Standard (NOSS).

Seramai 15 pegawai menerima Persijilan SKM Tahap 3 dalam bidang Kejurulatihan Taktikal Senjata Api; 15 pegawai bagi Persijilan SKM Tahap 3 dalam bidang Pentadbiran Pejabat dan 39 pegawai bagi Persijilan SKM Tahap 3 dalam bidang Penyeliaan Perkhidmatan Sekuriti.

Sementara itu 12 pegawai bagi Persijilan DKM dalam bidang Pengurusan Pentadbiran ; 34 pegawai bagi Persijilan DKM dalam bidang Pengurusan Operasi Sekuriti dan 72 pegawai bagi persijilan Standard Kompetensi Kebangsaan Latihan Tenaga Pengajar
(National Competency Standard-Train the Trainer, NCS TTT). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya