Rayuan Ustaz Don dapatkan kembali tauliah ditolak

Rayuan Ustaz Don dapatkan kembali tauliah ditolak

Ustaz Don
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penceramah dan pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal gagal mendapatkan kembali tauliah mengajarnya di negeri ini selepas rayuannya terhadap perakuan yang ditarik balik itu ditolak oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, rayuan Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajid ditolak berikutan terdapat perkara yang dilakukan figura itu melanggari Peraturan-Peraturan Tauliah (Selangor) 2008.

Bagaimanapun, beliau enggan memperincikan mengenai penolakan tersebut.

“Ada buat rayuan, kita tengok sebab dan keputusan Jawatankuasa Tauliah tidak bersetuju,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Ijtima Pemegang Tauliah Mengajar Negeri Selangor dan melancarkan Peraturan-Peraturan Tauliah bagi Pengajaran Agama Islam.

Sebelum ini, Ustaz Don dikatakan mengemukakan rayuan kepada MAIS pada 14 Ogos lalu, Jawatankuasa Tauliah MAIS kemudian memberikan keputusannya pada 17 September.

Jelas Abdul Aziz lagi, bagaimanapun Ustaz Don boleh memohon semula tauliah tersebut pada 25 Julai tahun hadapan iaitu selepas penarikah tauliahnya berkuatkuasa selama setahun.

“Setahun selepas ditarik balik, dia boleh kemaskini permohonan dan perlu lalui ujian seperti biasa. Dia (Ustaz Don) ada pengalaman dan tiada masalah (bagi permohonan semula), cuma jangan ulang kesilapa sama,” ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Ustaz Don Daniyal diberikan tempoh 14 hari iaitu sehingga 20 Ogos lalu bagi membuat rayuan susulan penarikan tauliah mengajarnya di Selangor.

Terdahulu, pendakwah selebriti itu sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 berkaitan doktrin palsu berdasarkan beberapa aduan diterima JAIS. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya