Rayu dana guaman syarie bantu ibu tunggal

Rayu dana guaman syarie bantu ibu tunggal

MUSA AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyeru kerajaan memperuntukkan dana kewangan RM1.5 juta untuk membantu ibu tunggal dan golongan kurang berkemampuan dalam kes perundangan di mahkamah syariah dalam Belanjawan 2025.

Presidennya, Tuan Musa Awang berkata, dana tersebut penting untuk meneruskan inisiatif Pusat Bantuan Guaman Syarie (BAGUS-PGSM) yang menerima lebih 1,498 permohonan bantuan guaman dari seluruh negara sejak 2022.

Menurutnya, program itu menawarkan khidmat peguam syarie kepada mereka yang tidak mampu membayar kos guaman khususnya ibu tunggal yang ingin menuntut hak penjagaan anak, nafkah, mutaah serta isu penguatkuasaan nafkah anak.

“Kami menerima lebih 400 permohonan sehingga Ogos 2024, namun terpaksa menangguhkannya kerana kekurangan peruntukan untuk tahun 2023 dan 2024. 

“Tanpa sokongan kewangan, ibu tunggal yang memerlukan bantuan guaman terpaksa menghadapi cabaran besar dalam menuntut hak mereka di mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Musa berkata, BAGUS-PGSM juga menawarkan khidmat guaman bagi mewakili pihak yang membuat tuntutan di mahkamah syariah dan khidmat nasihat undang-undang.

Kata beliau, sejak penubuhannya, BAGUS-PGSM menyediakan bantuan kepada masyarakat Islam yang ingin mendapatkan nasihat konsultansi perundangan berhubung proses dan prosedur tuntutan di mahkamah syariah.

“BAGUS-PGSM mempunyai rangkaian panel peguam syarie terbesar di negara ini dengan lebih 400 orang peguam di seluruh Malaysia yang berdaftar sebagai ahli persatuan.

“Keunikanya adalah menyediakan khidmat yang mudah diakses dengan panel peguam syarie yang luas serta peruntukan RM1.5 juta setahun akan membolehkan program ini membantu lebih 400 kes setiap tahun,” jelasnya.

Selain itu, Musa berkata, program ini selari dengan aspirasi Kerajaan Madani yang mementingkan kemampanan, kesejahteraan dan keadilan. 

Kata beliau, sebagai persatuan utama yang menaungi peguam syarie di Malaysia, usaha ini selayaknya diberi sokongan oleh kerajaan untuk memastikan hak mereka yang terpinggir dapat dibela,” tambah beliau.

“Kerajaan perlu memberikan perhatian khusus kepada peruntukan kewangan bagi memastikan kelangsungan BAGUS-PGSM demi membantu golongan ibu tunggal yang terpaksa berjuang sendirian selepas perceraian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya