Raysha Rizrose umum bakal timang anak perempuan - Utusan Malaysia

Raysha Rizrose umum bakal timang anak perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon jelita, Raysha Rizrose mengumumkan dia dan suaminya, Nabil Jeffri bakal menimang cahaya perempuan.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Raysha menerusi beberapa hantaran video momen ketika di majlis pendedahan jantina anaknya yang dimuat naik semula di Instagram Story, semalam.

Menerusi hantaran tersebut, Raysha kelihatan terkejut dan teruja selepas mengetahui jantina anaknya yang bakal dilahirkan.

Majlis yang diadakan secara tertutup itu turut dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat sekali gus meraikan berita gembira itu dengan baik.

Antara yang turut memeriahkan majlis tersebut adalah Uqasha Senrose, Nelydia Senrose, Aprena Manrose, Oktovia Manrose dan Nadiyah Shahab.

Terdahulu, Raysha telah mengumumkan dia bakal menimang cahaya mata sulungnya bersama Nabil selepas setahun berumah tangga.

Raysha dan Nabil telah berkahwin pada 22 Februari 2023. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya