Rasuah MBI Selangor: SPRM peroleh petunjuk baharu

Rasuah MBI Selangor: SPRM peroleh petunjuk baharu

AZAM Baki ketika ditemui pemberita pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 28 Bil. 1/2023 (Penolong Penguasa Gred P29) di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di Bandar Enstek, Nilai, Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati saham yang diperoleh oleh individu yang terlibat dalam kes Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) untuk kegunaan sendiri.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut dapatan tersebut dan mengakui terdapat keterangan baharu yang diperoleh.

“Sekarang ini siasatan sedang berjalan dan ada beberapa projek dalam perhatian kami dan ia masih lagi dijalankan. Keterangan saksi juga sedang dikumpulkan. 

“Ada petunjuk baharu yang menunjukkan saham yang diperoleh oleh (individu) yang terbabit dalam siasatan ini adalah untuk kegunaan sendiri dan sebagainya. 

“Dulu kita bermula dengan siasatan ke atas lima projek tetapi belum lagi selesai dan ada lagi 15 projek MBI yang dipercayai mempunyai kaitan aktiviti rasuah sedang berjalan,” kata beliau  pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 28 Bil. 1/2023 (Penolong Penguasa Gred P29) di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di Bandar Enstek, Nilai di sini, hari ini. 

Ditanya mengenai tangkapan baharu, kata Azam, bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) MBI yang telah direman tujuh hari bermula pada Khamis lalu  dibebaskan selepas tempoh reman tamat dan tiada tangkapan baharu setakat ini. 

Namun begitu, katanya SPRM tidak menolak kemungkinan ada beberapa individu berpengaruh lain yang terkait dengan kes ini akan dipanggil. 

“Perlu dilihat keterangan adakah menjurus kepada beliau atau tidak untuk membantu siasatan,” katanya.

Jelas Azam lagi, sehingga kini pihaknya telah melakukan serbuan ke atas sembilan premis di sekitar Lembah Klang, namun setakat ini tiada premis atau kenderaan yang disita.

Sebelum ini media melaporkan, SPRM telah membekukan aset bernilai jutaan ringgit melibatkan siasatan kes Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) yang berkaitan rasuah konsesi perlombongan pasir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya