Rasuah lombong pasir: SPRM akan lakukan serbuan baharu - Utusan Malaysia

Rasuah lombong pasir: SPRM akan lakukan serbuan baharu

AZAM Baki (empat dari kanan) bersama kadet Kor Suar yang menerima Pentauliahan Pegawai Integriti Muda di UniSZA, Kuala Nerus, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan akan melakukan serbuan baharu di premis yang disyaki mempunyai kaitan rasuah konsesi perlombongan pasir di Selangor.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya dalam tindakan untuk mendapatkan bukti-bukti berkaitan kes berkenaan sebelum melakukan serbuan tersebut

Menurutnya, pegawai penguat kuasa SPRM masih memanggil saksi-saksi untuk melengkapkan siasatan.

Katanya, setakat ini, lebih 20 saksi telah dipanggil untuk membantu siasatan, selain membeku aset bernilai jutaan ringgit.

“Kita tak tolak kemungkinan (serbuan baharu premis) kalau ada. Kerja kami untuk mendapatkan bukti-bukti dan kalau sekiranya kita perlu geledah, kita geledahlah.

“Mana-mana tempat yang mempunyai barang bukti menjadi tugas kepada pegawai penyiasat saya untuk mencari bukti berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Tamat Latihan dan Pentauliahan Pegawai Intergriti Muda (YIO) Kepada Kadet Kor Sukarelawan Mahasiswa AntiRasuah (Kor Suar) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 39 Kadet Kor Suar yang merupakan pelajar UniSZA menerima.pentauliahan tersebut.

Pada masa sama, Azam memberitahu, ahli politik berpengaruh yang dikaitkan dengan penggeledahan ‘safehouse’ yang didakwa tempat penyimpanan wang sebelum ini akan dipanggil bergantung kepada keperluan siasatan.

Jelasnya, setakat ini, SPRM masih mengumpul bukti sebelum ahli politik terlibat dipanggil.

Kami perlu mendapatkan segala bukti yang kita rasa wajar yang kita perlukan dan telah disahkan, barulah orang yang berkenaan akan dipanggil.

“(Bila) sampai masanya kelak dan ada keperluan kita akan beri tahu siapa dia (ahli politik berpengaruh),” ujarnya.

Sebelum, SPRM telah menggeledah sembilan premis di sekitar Lembah Klang berhubung siasatan skandal rasuah perlombongan pasir.

Beberapa kertas siasatan dibuka mengikut Akta Pencegahan Rasuah 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya