PETALING JAYA: Pelakon, Raline Shah, menafikan dakwaan pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan berpengaruh, Brian Armstrong.
Khabar angin itu bertebaran apabila seorang pengguna platform X mendakwa pelakon Indonesia itu pernah bergelar isteri dan kini sudah bercerai dengan Ketua Pegawai Eksekutif Coinbase, Brian Armstrong.
Tidak cepat melatah, Raline bagaimanapun memuat naik foto bersama Brian dan mengucapkan tahniah atas perkahwinan pertama usahawan itu dengan seorang wanita bernama Angela Meng.
“Tahniah buat sahabat saya dalam menempuh hidup baru. Sewaktu di Amerika, banyak ilmu yang saya peroleh daripada Brian dan kerja kerasnya dalam dunia teknologi.
“Ini juga pernikahan pertamanya dengan Angela Meng,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Bukan itu sahaja, Brian turut menafikan perkara tersebut dan menegaskan dirinya tidak pernah berkahwin sebelum ini menerusi satu ciapan di aplikasi X.
“Ada banyak maklumat tidak benar tentang diri saya sedang bertebaran, saya tidak pernah berkahwin sebelum ini,” katanya. -UTUSAN