Rakyat makin kurang makan ikan, hanya 44.7 kg setahun

Rakyat makin kurang makan ikan, hanya 44.7 kg setahun

RAKYAT Malaysia masih lagi kekal paling banyak makan ikan berbanding penduduk di negara-negara rantau Asia Tenggara lain. - Foto hiasan ihsan DOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Setiap seorang penduduk negara ini secara purata didapati semakin kurang makan ikan sepanjang tahun lalu berbanding rekod per kapita bagi tahun sebelumnya.

Menurut sumber daripada Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), hasil kajian terbaharu melalui Perangkaan Perikanan 2023 menunjukkan setiap individu hanya makan 44.7 kilogram (kg) ikan setahun berbanding 46.62 kg pada tahun 2022.

Bagi peringkat ASEAN, Malaysia namun masih ‘juara’ mengatasi Indonesia (41.25 kg), Kemboja (40.96 kg), Vietnam (40.94 kg), Myanmar (40.31 kg) dan Thailand (28.62 kg).

Trend kemerosotan pengambilan ikan sebagai diet warga Malaysia kemungkinan disebabkan antaranya faktor pengeluaran ikan di seluruh negara merudum 5.5 peratus yang mencatatkan 1.79 juta tan perikanan pada 2023 berbanding 2022 (1.89 juta tan) dan 2021 (1.75 juta tan).

Di peringkat global pula, berdasarkan data badan penyelidikan terkenal, World Population Review dan berpangkalan di London, Britain, rakyat Iceland paling banyak memakan ikan iaitu 90.59 kg tahun lepas diikuti Maldives dengan 83.09 kg serta Kiribati dan Macau masing-masing 73 kg.

Jika dilihat corak pemakanan ikan air tawar pula, paling tinggi ialah Kemboja dengan per kapita 33.12 kg disusuli Myanmar (31.88 kg), Laos (24.04 kg) dan Bangladesh (22.41 kg).

Sekiranya kategori pengambilan ikan air laut, dua negara berkongsi paling banyak iaitu Micronesia dan Saint Kitt and Nevis (25.7 kg) serta diikuti Antigua and Barbuda (24.9 kg).

Badan sejagat itu turut mendapati rakyat Afghanistan sebagai paling kurang makan ikan di dunia iaitu hanya 0.13 kg setahun disusuli Habsyah, Mongolia, Tajikistan dan Kyrgyzstan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya