Raja Muda Perlis ketuai kayuhan basikal Mara-MJII

Raja Muda Perlis ketuai kayuhan basikal Mara-MJII

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menanam pokok di perkarangan Masjid Kampung Sesapan Batu Rembat sebagai simbolik program Kayuhan Berbasikal dan Tanggungjawab Sosial Korporat MJII di Beranang, Selangor semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERANANG: Raja Muda Perlis. Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mengetuai program Kayuhan Berbasikal dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) anjuran  Mara-Japan Industrial Institute (MJII) di sekitar daerah ini, sempena Hari Sukan Negara, semalam.

Kayuhan yang bermula dan berakhir di perkarangan MJII itu diserikan lagi dengan penyerahan sumbangan daripada Koperasi Muamalat kepada wakil Masjid Kampung Sesapan Batu Rembat yang disaksikan oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra.

Baginda turut berkenan menyempurnakan simbolik kenang-kenangan penanaman pokok di masjid tersebut sebelum menyambung berkayuh semula.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Zulfikri Osman dan Pengarah Mara-Japan Industrial Institute (MJII),  Dr. Mahazani Ali.

Dalam majlis sama, Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan melawat fasiliti dan kemudahan di sekitar MJII. 

Baginda juga menyaksikan Persembahan Robot Tempur dan juga mengadakan sesi Walkabout di Galeri Narita.

Terdahulu. Dr. Mahazani berkata, program itu bukan sahaja bertujuan menyemarakkan lagi jalinan ukhwah melibatkan pengurusan Mara, warga kerja MJII, para pelajar dan masyarakat setempat, malah ia juga adalah usaha dalam memperkenalkan dan mempromosikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) MARA.

Katanya, usaha itu juga bagi melahirkan ahli teknologi separa profesional dan usahawan dalam bidang kejuruteraan elektronik bagi memenuhi keperluan industri dan masyarakat di samping menyediakan pelajar dengan pengetahuan industri dan kemahiran praktikal dalam kejuruteraan elektronik dengan kencenderungan terhadap budaya kerja Jepun.

Terdapat enam pelajar dari Perlis sedang melanjutkan pelajaran di situ dan mereka turut mengadap dan bergambar kenang-kenangan dengan Tuanku  Syed Faizuddin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya