Raja Melayu perlu bersatu

Raja Melayu perlu bersatu

SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sembilan raja Melayu perlu mempu­nyai kesatuan dan kesepaduan yang utuh serta saling membantu dalam menangani permasalahan rakyat.

Mengingatkan kepentingan tindakan itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, raja-raja Melayu mesti bekerjasama sebagai satu pasukan dan sentiasa bantu-membantu ketika berdepan sebarang permasalahan rakyat jelata.

Sultan Sharafuddin bertitah, ia sangat penting kerana pe­ranan raja-raja Melayu dalam menau­ngi kesejahteraan hidup rakyat kini melangkaui isu-isu agama, malah membabitkan isu-isu semasa lain.

“Tuanku Sultan menegaskan bahawa perlunya ada kesatuan dan kesepaduan yang utuh antara semua sembilan raja Melayu.

“Titah baginda, raja-raja Melayu mesti bekerjasama sebagai satu pasukan dan sentiasa bantu-membantu ketika berdepan apa jua permasalahan rakyat jelata.

“Ini sangat penting kerana peranan raja-raja Melayu da­lam menaungi kesejahteraan hidup rakyat kini melangkaui isu-isu agama, malah turut membabitkan isu-isu semasa lain,” titah baginda menerusi muat naik di Facebook Sela­ngor Royal Office, semalam.

Sultan Selangor menzahirkan titah itu setelah menerima menghadap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim di Istana Selangor, Kuala Lumpur, pada Selasa lalu.

Dalam pertemuan selama lebih sejam itu, Sultan Sela­ngor dan Pemangku Sultan Johor membincangkan pelbagai isu yang melibatkan institusi diraja dan arena bola sepak tanah air.

Menerusi kenyataan itu, ba­ginda mengingatkan semua kerabat diraja supaya mempa­merkan adab budaya yang baik ketika muncul di khalayak umum atau dalam media sosial dengan menonjolkan pekerti mulia agar dihormati serta disayangi rakyat.

“Isu-isu sensitif membabitkan sesama raja-raja Melayu perlu dielakkan daripada di­bincangkan dalam media-media sosial,” kata kenyataan itu.

Berhubung bola sepak, ke­sefahaman dicapai bahawa tiada lagi perselisihan dan pertelaga­han yang boleh me­ngundang permusuhan sehingga membawa kepada keganasan.

Baginda menegaskan sekali lagi bahawa bola sepak adalah sukan rakyat yang telah sekian lama menyatupadukan ma­syarakat, justeru harus dipelihara dan dikekalkan sebagai salah satu wadah keharmonian negara.

Baginda kemudian menzahirkan ucapan terima kasih atas keberangkatan Pemangku Sultan Johor dan berasa sukacita dengan hasil pertemuan serta menerima baik isi kandungan warkah permohonan menghadap Tunku Mahkota Ismail bertarikh 6 September lalu.

Sebelum ini, Tunku Mahkota Ismail dalam kenyataan memaklumkan, baginda dan Sultan Selangor berkongsi pendapat tentang perpaduan dalam kalangan rakyat, profesionalisme di Malaysia dan kepentingan penyatuan institusi diraja untuk berkhidmat sebagai sebuah simbol negara.

Turut dibincangkan adalah perkara berkaitan bola sepak apabila Tunku Mahkota Ismail bersetuju bahawa semua pihak perlu memastikan perseteruan bola sepak kekal di dalam padang sahaja dan wujudnya perasaan saling hormat-menghormati serta perpaduan di luar padang. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya