Raih RM2,500 sebulan jual susu kambing

Raih RM2,500 sebulan jual susu kambing

MUHAMMAD Ikram Borahim menunjukkan susu kambing yang siap dibotolkan di kediamannya di Kampung Jabi, Jerteh, Besut, Terengganu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Seorang petani meraih pendapatan sampingan lebih RM2,500 sebulan hasil jualan susu kambing segar di Kampung Jabi, Jerteh di sini sejak empat tahun lalu.

Muhammad Ikram Borahim @ Ibrahim, 26, berkata, dia menceburi bidang ternakan selepas ‘terpengaruh’ melihat rakan-rakan yang memelihara haiwan ber­kenaan.

“Pada awalnya saya membeli tiga ekor kambing saneen muda yang secara kebetulan baru melahirkan anak dan mempunyai susu.

“Ketika itu saya hanya membeli ibu muda tersebut tanpa anak dan setiap hari kambing tersebut menghasilkan empat ke lima kilogram susu,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Kampung Jabi, Jerteh di sini, semalam.

Katanya, peringkat awal susu berkenaan hanya untuk kegunaan keluarga sahaja tetapi setelah melihat potensinya yang mempunyai permintaan di pasaran, Muhammad Ikram dibantu isterinya, Siti Aisyah Daud, 25, mempromosikannya dalam media sosial.

Katanya, dia dan isteri me­ngambil tempahan dahulu sebelum susu kambing itu dijual kepada pelanggan bagi memastikan susu yang dijual adalah segar dan dijual terus sejurus selepas diperah.

“Saya hadkan penjualan kira-kira 20 botol sehari dengan setiap botol berisi padu 250 mililiter (ml) kerana ketika ini pengeluaran susu adalah terhad dan hanya lapan daripada 30 ekor kambing yang diternak dapat menghasilkan susu.

“Sebotol susu ini djual dengan harga RM5, sekarang ini pasarannya adalah di sekitar Terengganu, Kelantan dan Pahang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya