Qari, qariah Malaysia Johan Kategori Tilawah Lelaki dan Wanita

Qari, qariah Malaysia Johan Kategori Tilawah Al-Quran Antarabangsa

SULTAN Ibrahim (tiga dari kanan) berkenan menyampaikan anugerah kepada johan bagi kategori tilawah lelaki, Muhammad Husaini Mahmur (tiga dari kiri) pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-64 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini, hari ini. - UTUSAN / FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Qari dan qariah Malaysia dinobat sebagai Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 2024 bagi kategori lelaki dan wanita yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, malam ini.

Johan Kategori Tilawah (Lelaki), Muhammad Husaini Mahmur memperoleh markah sebanyak 95.71 peratus manakala Johan Kategori Tilawah (Wanita) pula, Nor Hidayah Abdul Rahman dengan markah 91.76 peratus.

Sementara itu, Hafizah Malaysia bagi Kategori Hafazan (Wanita), Putri Aminah Mohd. Hanif memenangi tempat kedua dengan memperoleh markah sebanyak 94.89 peratus.

Johan qari dan qariah kategori tilawah Al-Quran akan menerima kepingan emas bernilai RM12,000 sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), wang tunai daripada kerajaan Malaysia berjumlah RM40,000, hadiah iringan dan sijil.

Hadiah sama menanti johan lelaki dan wanita bagi kategori Hafazan Al-Quran.

Terdahulu, MTHQA ke-64 membuka tirai penganjurannya pada 5 Oktober dengan penyertaan seramai  92 peserta mewakili 71 negara. – UTUSAN

 

Keputusan Rasmi Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Antarabangsa (MTHQA) ke-64

Tilawah Al-Quran Lelaki:

  1. Muhammad Husaini Mahmur (Malaysia) – 95.71 peratus
  2. Abdur Rasheed (Pakistan) – 93.59 peratus
  3. Wahyu Andi Saputra (Indonesia) – 92.09 peratus

Tilawah Al-Quran Wanita:

  1. Nor Hidayah Abdul Rahman (Malaysia) – 91.76 peratus
  2. Raihana Ambangala (Filipina) – 90.26 peratus
  3. Syamimi Assahira Zulfan (Indonesia) – 89.46 peratus

Hafazan Al-Quran Lelaki:

  1. Oubaydullah Boubacar Ango (Niger) – 97.63 peratus
  2. Sow Ibrahim (Ivory Coast) – 97.00 peratus
  3. Aimeddin Farkhudinov (Russia) – 96.88 peratus

Hafazan Al-Quran Wanita:

  1. Habsatou Hamissou Boubacar (Niger) – 96.13 peratus
  2. Putri Aminah Mohd. Hanif (Malaysia) – 94.89 peratus
  3. Fathimah Shaya Zahir (Maldives) – 94.38 peratus
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN