Pusat Respon Penipuan Kebangsaan terima RM20 juta

Pusat Respon Penipuan Kebangsaan terima RM20 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi memperhebat peranan Pusat Respon Penipuan Kebangsaan (NSRC).

Perdana Menteri, Datuk Seri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebuah portal Fraud Kebangsaan telah diluncurkan sebagai ikhtiar memerangi penipuan dalam talian. 

Katanya, portal itu mempermudah pengesanan transaksi mencurigakan secara automatik.

“Selain itu, Akta 574 Kanun Keseksaan dan Akta 593 Kanun Prosedur Jenayah telah dipinda bagi membolehkan tindakan lebih berkesan diambil oleh badan penguat kuasa untuk mengekang sindiket akaun keldai, pada tahun ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN