Pusat karaoke tawar GRO warga Korea Selatan diserbu

Pusat karaoke tawar GRO warga Korea Selatan diserbu

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur membongkar kegiatan sebuah pusat karaoke (KTV) eksklusif yang menyajikan gadis pelayan pelanggan (GRO) warga Korea Selatan.

Kegiatan itu terbongkar selepas satu serbuan dilakukan menerusi Op Gegar di pusat perniagaan di Solaris dekat sini, awal pagi tadi.

Hasil operasi mendapati premis di tingkat dua itu dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) bermula dari pintu masuk bahagian bawah dan sepanjang tangga.

Difahamkan setiap pengunjung dikenakan bayaran RM300 hingga RM500 bagi mendapatkan perkhidmatan layanan daripada wanita Korea Selatan.

Pengarah JIM Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, premis berkenaan dipercayai menyasarkan pelanggan dalam kalangan warga Korea Selatan.

“Seramai 11 warga Korea Selatan terdiri daripada enam lelaki dan lima wanita ditahan di mana salah seorang wanita disyaki pengurus premis.

“Mereka dipercayai menerima pelanggan dalam kalangan warga Korea Selatan secara tempahan dalam talian mahupun yang datang secara terus,” katanya di sini.

Beliau berkata, serbuan bermula kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu membabitkan 11 pegawai dan anggota daripada Bahagian Penguatkuasaan JIM Kuala Lumpur susulan risikan sekitar dua minggu.

Ketika serbuan, penjaga premis terbabit enggan memberi kerjasama hingga memaksa anggota penguat kuasa memecahkan pintu yang dipasang tiga jenis kunci.

Kesemua warga asing ditahan bagi membantu siasatan mengikut Peraturan 39B Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya