Pusat Biodiversiti Malaysia dibina di Kuala Lumpur tahun depan

Pusat Biodiversiti Malaysia dibina di Kuala Lumpur tahun depan

CHING Thoo (tengah) ketika merasmikan majlis penutup persidangan kepelbagaian biologi kebangsaan 2024 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bakal membina Pusat Biodiversiti Malaysia (MBC) di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur pada tahun depan.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, fasiliti berkenaan akan menjadi pusat bagi kecemerlangan pengukuhan pengurusan kepelbagaian biologi yang merentas sektor.

“Kita menjangka MBC dapat mula beroperasi menjelang tahun 2030,” katanya berucap merasmikan penutup Persidangan Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2024, di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Setiausaha NRES, Datuk Dr. Ching Thoo Kim yang turut menghuraikan lima pencapaian utama tindakan kerajaan dalam isu biodiversiti.

Penubuhan MBC diumum Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Biodiversiti Negara di Parlimen tahun lalu.

Ia selaras dengan strategi Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 1998 dan memainkan peranan penting untuk melengkapkan inisiatif bidang tersebut di peringkat kebangsaan.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata, premis yang berkeluasan hampir empat hektar itu akan memberi tumpuan utama penyelidikan saintifik antaranya dalam sektor sumber asli.

“MBC juga bakal melaksanakan pengurusan koleksi saintifik serta pembangunan standard untuk kepelbagaian biologi selain menyelaras interfasa sains dan polisi awam,” jelasnya.

Malaysia merupakan salah satu daripada 17 negara kepelbagaian mega dengan pusat itu bakal mengambil model sama yang terdapat di Bhutan, India, Madagascar dan Singapura. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya