Pulau Pinang jamin bekalan makanan cukup sepanjang monsun

Pulau Pinang jamin bekalan makanan cukup sepanjang tempoh monsun

FAHMI Zainol (dua dari kiri) memegang replika cek Geran Mutiara Madani Koperasi Pulau Pinang selepas satu sidang akhbar di George Town, Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Bekalan makanan dari sumber perikanan, pertanian dan penternakan dijangka mencukupi untuk rakyat Pulau Pinang sepanjang tempoh berlakunya monsun timur laut.

Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi negeri, Fahmi Zainol berkata, setakat ini, sumber makanan tidak terjejas dan kesemua agensi serta jabatan terlibat dalam keadaan bersiap sedia untuk memastikan bekalan makanan mencukupi sepanjang tempoh monsun.

“Daripada maklumat yang diperoleh, sumber bekalan makanan dari sektor perikanan, pertanian dan penternakan adalah mencukupi dan bekalan makanan juga tidak terjejas sepanjang tempoh musim monsun,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Terdahulu, dalam sidang akhbar yang sama, Fahmi turut mengumumkan mengenai Geran Mutiara Madani Koperasi Negeri Pulau Pinang dan program Jelajah Tani 2024 yang bakal diadakan di Pulau Pinang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) sebelum ini menjangkakan monsun timur laut akan berlaku pada awal bulan depan berdasarkan faktor klimatologinya.

Ketika ini, Malaysia masih berada dalam fasa peralihan monsun bermula 24 September lalu dan ia dijangka berterusan sehingga awal bulan depan. Fenomena banjir yang melanda beberapa negeri juga mungkin disebabkan perkara itu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya