Pulau Pinang harap projek LRT dimulakan hujung tahun ini

Pulau Pinang harap projek LRT dimulakan hujung tahun ini

CHOW Kon Yeow (duduk, tiga dari kanan) ketika sidang akhbar di pejabat Ketua Menteri di George Town, Pulau Pinang, hari ini.-UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Kerajaan negeri berharap agar projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang dapat dimulakan hujung tahun ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ketika ini, projek tersebut sedang berada pada fasa terakhir rundingan.

“Jadi, kerajaan negeri berharap projek ini dapat dimulakan seperti yang dijangkakan (menjelang suku keempat tahun ini),” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Ketua Menteri, di sini hari ini.

Terdahulu, projek LRT Laluan Mutiara dengan jarak jajaran dianggarkan kira-kira 29 kilometer (km) dijangka dimulakan pada September atau Oktober tahun ini.

Sebelum ini, Jemaah Menteri telah meluluskan cadangan pembangunan Projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang pada Mac lalu yang dijangka siap pada 2030.

Mengulas lanjut, Kon Yeow berkata, rundingan fasa akhir itu melibatkan agensi pelaksana LRT Pulau Pinang iaitu MRT Corp. dan kontraktor projek, SRS Konsortium Sdn. Bhd.

Katanya, rundingan tersebut adalah bagi memuktamadkan beberapa isu termasuk isu teknikal dan nilai kontrak berhubung projek berkenaan.

“MRT Corp. (bertindak) sebagai agensi pelaksana bersama SRS selaku kontraktor yang dilantik untuk kontrak segmen pertama, Mutiara LRT Line dari Bayan Lepas ke Komtar. Adalah difahamkan bahawa dua pihak ini sedang dalam proses rundingan terakhir untuk memuktamadkan isu-isu teknikal dan nilai kontrak terbabit.

“Selepas dua isu penting ini dimuktamadkan, perjanjian antara dua pihak dijangka dimeterai sebelum kerja kontrak dimulakan,” katanya yang memaklumkan, sekiranya berlaku majlis pecah tanah, ia akan diadakan selepas perjanjian itu ditandatangani.

Tambah beliau, kerajaan negeri tidak akan tahu bila ia akan berlaku kerana ini adalah projek persekutuan dan hanya MRT Corp. sebagai agensi pelaksana yang akan mengetahuinya.

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai feri ikonik yang bakal dijadikan Muzium Feri Pulau Pinang namun senget dan hampir tenggelam, Kon Yeow berkata, usaha-usaha pemulihan sedang dijalankan untuk menyelamatkan feri berkenaan oleh syarikat yang dilantik.

“Syarikat berkenaan sedang melakukan kerja-kerja baik pulih dan kita berharap ia dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya