Pulau Aman dipilih Kampung Angkat Madani JPA

Pulau Aman dipilih Kampung Angkat Madani JPA

ANESEE (tengah) melepaskan benih anak ikan di Pulau Aman yang terletak dalam kawasan Batu Kawan, Pulau Pinang hari ini.-UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU KAWAN : Pulau Aman yang kini telah berubah wajah dengan landskap baharu diyakini dapat membantu merancakkan lagi industri ekopelancongan di sini selepas kawasan itu terpilih sebagai Kampung Angkat MADANI (KAM).

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Dr. Anesee Ibrahim berkata, Projek KAM itu diharapkan dapat memberi manfaat kepada masyarakat dan komuniti perniagaan tempatan selain merangsang ekonomi setempat terutamanya luar bandar.

“‬Jika kita lihat, JPA tidak‬‭ seperti‬‭ agensi-agensi‬‭ kerajaan‬‭ yang‬‭ lain‬ kerana kita tidak‬‭ pernah‬‭ terlibat‬ dengan‬‭ projek-projek‬‭ fizikal‬‭ secara‬‭ langsung‬‭ memandangkan‬‭ jabatan‬‭ adalah‬ agensi‬‭ pusat‬‭ yang‬‭ memfokuskan kepada pegawai‬‭ awam,‬‭ pesara‬‭ dan‬‭ pelajar‬‭ tajaan JPA.‬

“Justeru, diharapkan agar kerja-kerja naiktaraf yang dilaksanakan ini dapat‬‭ memberi‬‭ manfaat‬‭ kepada‬‭ 47‬‭ buah‬‭ keluarga‬‭ meliputi hampir‬‭ 200‬‭ penduduk bagi‬‭ memudahkan mereka melaksanakan‬‭ pelbagai aktiviti‬,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Program Kampung Angkat MADANI JPA: Majlis Penyerahan Fasiliti Awam Pulau Aman dan Pertandingan Memancing MyKP Pulau Aman di sini, hari ini.

Untuk rekod, JPA‬‭ telah‬‭ membelanjakan sebanyak‬‭ RM2.32‬‭ juta‬‭ bagi kerja naik taraf meliputi‬‭ sembilan‬ projek‬‭ fizikal‬‭ dan‬‭ dua‬‭ skop‬‭ projek‬‭ bukan‬‭ fizikal di Pulau Aman.

Setakat ini,‬‭ tujuh‬ projek‬‭ fizikal‬‭ di‬‭ bawah‬‭ Program‬‭ KAM‬‭ JPA‬‭ telah‬‭ selesai‬‭ dilaksanakan‬‭ antaranya membaik pulih tandas awam, gelanggang permainan, naik taraf pusat pengumpulan sampah, jeti, longkang serta pemasangan lampu jalan.

Menerusi program sama, Anesee berkata, pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Perikanan untuk menganjurkan Program MyKP (Komuniti Perikanan) bagi mengetengahkan Pulau Aman sebagai destinasi eko pelancongan.

“Beberapa program dilaksanakan bagi menyokong aktiviti komersil di sini antaranya pertandingan memancing, pemberian sumbangan peralatan rekreasi air dan pelepasan benih ikan.

“Kita turut menyumbangkan lima buah kayak dan sepuluh joran memancing kepada pihak MyKP supaya boleh dimanfaatkan bagi meningkatkan pendapatan komuniti setempat sekali gus menyokong aktiviti pelancongan di Pulau Aman,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya