Puja pendakwah, JHEAIK mulakan siasatan - Utusan Malaysia

Puja pendakwah, JHEAIK mulakan siasatan

TANGKAP layar video sekumpulan pelajar berqasidah mengalunkan pujaan didakwa keterlaluan terhadap guru mereka yang juga seorang pendakwah terkenal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) menjalankan siasatan terperinci ekoran penularan satu video melibatkan seorang pendakwah dan sekumpulan pelajar dalam majlis yang mengalunkan pujaan terhadapnya sehingga didakwa keterlaluan.

Pengarahnya, Datuk Abd. Ghani Zainudin berkata, perkara itu berada dalam tindakan JHEAIK setelah video berkenaan tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

“JHEAIK maklum tentang video berkenaan yang tular di media sosial dan memulakan siasatan secara terperinci. Siasatan ini akan turut melibatkan pihak berkuasa lain memandangkan ia mencetuskan rasa kurang selesa dalam kalangan umat Islam.

“Selain itu kita juga akan meminta Jabatan Mufti Negeri Kedah yang tentunya akan mengeluarkan fatwa berhubung perkara ini dan tindakan akan dijalankan selepas itu dengan sebaik mungkin,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang penularan satu video memaparkan sekumpulan pelajar berqasidah memuja seorang pendakwah terkenal negeri ini dalam satu majlis.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hari ini turut mengeluarkan kenyataan meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menyediakan laporan serta membawa perkara itu kepada pihak terlibat.

Sementara itu, Abd. Ghani pada masa yang sama meminta agar semua pihak terutama warganet bertenang dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya