PTM hidupkan seni bangsawan dengan Puteri Maharani

PTM hidupkan seni bangsawan dengan Puteri Maharani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Teater Malaysia (PTM) meneruskan usaha menyemarakkan seni bangsawan dengan mempersembahkan pementasan Puteri Maharani selama tiga hari bermula esok hingga 13 Oktober ini di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Ini merupakan penutup kepada Siri Panggung Bangsawan tahun ini selepas kejayaan pementasan Puteri Golbadalperi dan Megat Terawis.

Presiden Persatuan Teater Malaysia, Sakrani Shamsuddin berkata, program itu merupakan usaha sama PTM dengan DBP, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara serta disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

“Bangsawan merupakan satu bentuk kesenian tradisional. Usaha pemuliharaan dan menyemarakkan seni pementasan bangsawan perlu dilaksanakan dan dilestarikan oleh pihak kerajaan dan penggiat seni teater tanah air.

“Siri Panggung Bangsawan secara tidak langsung akan membangunkan seni bangsawan di Malaysia dan mengembalikan kegemilangan pementasan bangsawan sebagai satu cabang seni yang popular bagi menarik pelancong domestik dan luar negara. Persembahan Bangsawan perlu dipentaskan secara berterusan agar seni teater bangsawan akan terus menjadi warisan negara, hak milik Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media.

SAKRANI SHAMSUDDIN

Sakrani yang juga pengarah Puteri Maharani berkata selain pementasan bangsawan itu, turut diadakan ialah Bengkel Seni Lakon yang akan dikendalikan oleh beliau sendiri pada 12 Oktober.

Katanya, bengkel tersebut diadakan khas untuk para pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu (IPGMKBM) yang merupakan penggerak utama projek pementasan itu.

Puteri Maharani mengisahkan pengembaraan Tengku Kamar Al-Zaman ke Inderapuri bagi menimba pengalaman bertemu dan mengetahui kehidupan rakyat.

Baginda akhirnya bertemu dengan Puteri Gambus yang kemudian menjadi pasangan hidup baginda dan ditabalkan sebagai Puteri Maharani.

Antara pelakon yang menjayakan pementasan ini ialah Faizal Ruhaijat sebagai Tengku Kamar Al-Zaman dan Aisyah Insyirah sebagai Puteri Gambus/Puteri Maharani. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya