PTD dimasyhurkan sebagai ahli ke-300 IHOF United States Army Command and General Staff College

PTD dimasyhurkan sebagai ahli ke-300 IHOF United States Army Command and General Staff College

MUHAMMAD HAFIZUDDEAIN JANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Panglima Tentera Darat (PTD) dimasyhurkan sebagai ahli ke-300 International Hall Of Fame (IHOF) United States Army Command and General Staff College (USACGSC).

Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat Malaysia dalam kenyataan memaklumkan, Jeneral Tan Sri Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan yang juga alumni USACGSG pada 2001 menerima anugerah itu di Fort Leavenworth, Kansas, AS, semalam.

“Penganugerahan yang diterima oleh PTD ini merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan kerana beliau merupakan rakyat Malaysia yang ketiga dalam lipatan sejarah yang telah dimasyhurkan sebagai ahli IHOF USAGCSC selepas Jeneral (B) Tan Sri Datuk Md. Hashim Hussein (PTD Ke-18) dan Jeneral (B) Tan Sri Datuk Seri Mohd. Shahrom Datuk Nordin (PTD ke-19).

“Seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM) turut berbangga dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Muhammad Hafizuddeain di atas pencapaian tersebut,” kattanya.

Turut hadir ialah Pengerusi Jemaah BAKAT Darat, Puan Sri Datin Hartiah Hamzah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya