PSMZA catat rekod baharu MBOR - Utusan Malaysia

PSMZA catat rekod baharu MBOR

SEBAHAGIAN daripada peserta yang melakukan formasi 'The Longest Jalur Gemilang Human Trail@Bukit Bauk' di Bukit Bauk, Dungun, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), di sini, mencatat rekod baharu dalam Malaysia Book Of Record (MBOR) menerusi program ‘The Longest Jalur Gemilang Human Trail@Bukit Bauk’ di Bukit Bauk, di sini, hari ini.

Pada program tersebut, lebih 2,000 peserta melakukan formasi berbaris sepanjang kiri dan kanan sambil memegang Jalur Gemilang dari kaki bukit sehingga puncak melibatkan jarak sejauh 2,222 meter.

Peserta yang mengambil bahagian dalam program itu terdiri daripada warga PSMZA, kolej komuniti, kakitangan agensi kerajaan dan swasta serta orang awam.

Pengarah PSMZA, Zamra Derahman berkata, program tersebut merupakan salah satu usaha dalam memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

Menurutnya, program itu diadakan dengan kerjasama Petronas Wilayah Timur.

“Program tersebut dirancang bagi menggalakkan penglibatan aktif PSMZA bersama komuniti setempat, di samping mengamalkan gaya hidup sihat.

“Ia juga sebagai menyahut saranan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang mahu institusi tidak boleh terisolasi dengan persekitaran masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima sijil rekod tersebut daripada wakil MBOR, Edwin Yeoh Tiong Chin di sini, hari ini.

Program tersebut dirasmikan oleh Pegawai Daerah Dungun, Jusman Ibrahim.

Zamra memberitahu, PSMZA juga telah menerima pengiktirafan MBOR melalui Pembinaan Jam Matahari Pertama Politeknik di Malaysia pada tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya