Promosi nilai budaya Malaysia perlu dipergiat melalui pendidikan

Promosi nilai budaya Malaysia perlu dipergiat melalui pendidikan

TIMBALAN Ketua Pengarah (Promosi) Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof (tengah) beramah mesra dengan pasangan pelancong asing yang hadir pada Karnival Jejak Seni Budaya Malaysia Madani 2024 di Lanai@Matic, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Usaha bersepadu dalam mempromosi nilai budaya yang pelbagai di Malaysia perlu dihayati setiap lapisan umur, sama ada melalui pendidikan formal dan tidak formal.

Timbalan Pengerusi Persatuan Pengurusan Acara Budaya dan Warisan Malaysia, Nor Zaily Hasjadi berkata, langkah itu penting untuk menyampaikan mesej kepada generasi muda bagi mempromosi nilai-nilai kebudayaan ke peringkat antarabangsa.

“Di sekolah, subjek seni budaya boleh diperkukuh dan aktiviti kokurikulum yang melibatkan seni tradisional perlu dijalankan. Penglibatan komuniti juga penting seperti melalui program seni yang melibatkan pelbagai generasi, festival budaya dan bengkel-bengkel interaktif.

“Media sosial dan platform digital juga boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat tentang budaya kepada generasi muda dalam bentuk yang menarik dan mudah difahami.

“Insentif kepada usahawan budaya yang mempromosikan warisan melalui produk atau perkhidmatan kreatif juga boleh membantu mempopularkan nilai-nilai budaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi menyokong usaha tersebut, pihaknya baru-baru ini telah menganjurkan Karnival Jejak Seni Budaya Malaysia Madani di Kuala Lumpur dan berharap agar dapat membuka ruang supaya program terbabit diperluaskan ke pelbagai lokasi seluruh negara.

Nor Zaily berkata, dengan cara ini, ia membolehkan seni budaya Malaysia lebih mudah diakses dan dihayati semua lapisan masyarakat.

Katanya, program itu dimeriahkan dengan aktiviti memupuk semangat kebersamaan serta menghargai kekayaan warisan Malaysia seperti Perhimpunan Perguruan Silat Bersama PESAKA, Perhimpunan Persatuan Kompang Fatani, Perhimpunan Komuniti Rugbi, Jualan Agro Madani.

“Antaranya penyediaan makanan dan minuman tradisional serta persembahan kebudayaan dan kesenian termasuk tarian tradisional, muzik rakyat, dan persembahan nyanyian yang memaparkan kekayaan warisan budaya negara.

“Saya berharap acara ini dapat memperluaskan lagi kesedaran dan penghargaan masyarakat terhadap seni dan budaya warisan Malaysia, melibatkan lebih ramai peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat dan generasi.

“Acara ini juga diharapkan mampu menjadi platform yang lebih besar untuk mempromosikan seni dan budaya tempatan, dengan kerjasama daripada komuniti seni, usahawan tempatan, dan agensi kerajaan, serta menarik lebih ramai penaja,” katanya.

Karnival Jejak Seni Budaya Malaysia Madani itu diadakan pada 27 hingga 29 September lalu dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) sempena Tahun Melawat Melawat Malaysia 2026, berjaya menampilkan keharmonian sosial dan identiti kebangsaan melalui seni, budaya, dan warisan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya