Projek ECRL: 21 rumah penduduk bakal dipindahkan

Projek ECRL: 21 rumah penduduk bakal dipindahkan

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menghadiri taklimat berkaitan pembinaan ECRL, di Kampung Sungai Chinchin, di sini hari ini. UTUSAN / SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Sebanyak 21 buah rumah di Kampung Sungai Chinchin terpaksa dipindahkan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shaari berkata, banjir yang berlaku di kawasan itu disebabkan oleh pembinaan penghadang di sebahagian Sungai Gombak bagi tujuan pembinaan ECRL.

Bagaimanapun kata beliau, penghadang tersebut dijangka dibuka sebaik kerja-kerja pembinaan siap pada akhir tahun ini.

“Penduduk yang terjejas akan dipindahkan ke tempat sementara, dengan sebahagian kos ditanggung oleh Malaysia Rail Link (MRL),” jelasnya ketika ditemui di Sekolah Rendah Agama Integrasi Sungai Chinchin, hari ini.

Amirudin berkata, penduduk terbabit akan ditempatkan di penempatan sementara antara enam hingga tujuh bulan, bergantung kepada kelancaran kerja-kerja pembinaan.

“Kita yakin proses pemindahan ini berjalan lancar dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan dan MRL,” ujarnya lagi.

Beliau turut mengakui terdapat aduan mengenai gangguan bunyi dan habuk daripada penduduk setempat dan memaklumkan, pihak berkuasa bersama MRL sedang berusaha meminimumkan kesan gangguan tersebut.

“Kami sentiasa memantau perkembangan ini dan pihak kontraktor telah mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengurangkan kesan bunyi dan habuk,” kata Amirudin.

Beliau turut menegaskan bahawa projek itui satu pelaburan strategik untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam negara, dan pihak kerajaan negeri komited untuk memastikan kesejahteraan penduduk terpelihara sepanjang projek berjalan.

Projek ECRL dijangka akan membawa manfaat besar kepada rakyat apabila siap sepenuhnya, terutama menghubungkan Pantai Timur dan Pantai Barat Semenanjung Malaysia dengan lebih efisien.

Kerja-kerja pembinaan ECRL melibatkan jarak 665 kilometer itu berjalan lancar dengan 67 peratus pembinaan sudah siap sepenuhnya.

Projek bernilai RM50.2 bilion itu akan menghubungkan kawasan Pantai Timur dengan Pantai Barat dan merentasi 20 stesen yang terletak di empat negeri berkenaan iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.

ECRL yang dijangka akan memulakan operasinya pada 2027 nanti bakal menjimatkan masa perjalanan antara Gombak ke Kota Bharu kepada empat jam sahaja melalui perkhidmatan ekspress yang ditawarkan berbanding perjalanan biasa antara tujuh hingga lapan jam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya