SEKOLAH Kebangsaan (SK) Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah mengadakan Program Sanjungan Budi Sasterawan Negara (SN), Datuk Zurinah Hassan baru-baru ini.
Guru besar sekolah berkenaan, Abd Rohim Ismail berkata, pelbagai pihak hadir bagi memeriahkan program yang mendapat kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Utara.
Katanya, program diadakan bagi mengenang jasa bekas pelajarnya setelah dipilih menerima anugerah Sasterawan Negara (SN).
Zurinah Hassan adalah bekas pelajar sekolah itu pada tahun 1956-1960.
Bagi memeriahkan program itu, Zurinah sendiri merasmikan Pusat Sumber dan Anjung SN yang diwujudkan di satu ruang sekolah tersebut.
“Aktiviti seumpama ini akan menjadi satu kenangan manis kepada penduduk tempatan, kakitangan sekolah, ibu bapa serta pelajar, dan salah seorang SN yang ada di negara ini pernah belajar di SK Tikam Batu,” kata Abd Rohim. – UTUSAN