Prestasi ekonomi diterjemah jika rakyat selesa

Prestasi ekonomi diterjemah jika rakyat selesa

PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Indikator ekonomi Malaysia yang menunjukkan prestasi memberangsangkan kebelakangan ini hanya mampu dimaknai sekiranya ia diterjemah dalam kehidupan rakyat terbanyak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu ditekankan Perdana Menteri Ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara di Putrajaya, semalam.

Beliau berkata, mesyuarat itu adalah platform untuk kerajaan menekuni permasalahan kos sara hidup rakyat.

“Pada masa sama, mesyuarat juga membincangkan mengenai kaedah terbaik dalam meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan rakyat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya hari ini.

Perdana Menteri berkata, dalam mesyuarat sama, beliau turut meminta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar memastikan tindakan segera diambil oleh kementerian dan agensi berkaitan setelah sesuatu keputusan dicapai. 

“Saya turut mengulangi gesaan menuntut perkhidmatan awam menekankan aspek kepantasan, ketelusan dan penjimatan bagi meningkatkan tatakelola dan mutu penyampaian perkhidmatan.

“Insya-Allah, Kerajaan Madani akan memastikan semua dasar dan inisiatif yang direncana akan mengutamakan agenda kebajikan rakyat bagi memastikan tiada kelompok yang tercicir daripada menikmati pembangunan dan kemakmuran negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya