Premier Sarawak dahului senarai 1,376 penerima darjah kebesaran Sabah

Premier Sarawak dahului senarai 1,376 penerima darjah kebesaran Sabah

ABANG JOHARI TUN OPENG dan RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mendahului senarai 1,376 penerima anugerah darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormat sempena sambutan Hari Jadi Rasmi Yang Dipertua Negeri Sabah (TYT) ke-71.

Abang Johari dan Razarudin antara empat penerima pingat kebesaran tertinggi negeri iaitu Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri Panglima’.

Dua penerima lain adalah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew dan seorang ahli perniagaan, Datuk Kumar A/L Prabakaran.

Enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu Ben Chong Chen Bin (Tanjung Kapor), Rina Jainal (Kukusan), Mohamad Mohamarin (Banggi), Tan Lee Fatt (Likas), Peto Galim (Inanam) dan Aliakbar Gulasan (ADUN Dilantik) antara 87 individu yang tersenarai sebagai penerima Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Antara penerima PGDK yang lain adalah Panglima 5 Divisyen, Brigedier Jeneral Mohd. Zamri Abdullah; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Senior Asisten Komisioner, Azmi Abd Rahim; Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPK Sabah, Senior Asisten Komisioner Mohd. Azhar Hamin serta Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah, Ahadin Arinen.

Penerima lain adalah Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Fadil Marsus; Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Dasar Sumber) JPJKK Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Saiman Kasran; Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, Philemon Lajawai; Pengurus Besar Lembaga Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah, Rosemary Ahping dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Sawit Kinabalu, Victor Ationg.

Terdapat seramai 10 penerima anugerah Jaksa Pendamai (JP) termasuk Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick; Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Kasim Mansor.

Sementara itu, 116 orang yang berada dalam senarai penerima Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK), 274 penerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK) manakala, Bintang Setia Kinabalu (BSK) diberikan kepada 320 penerima, Bintang Kinabalu (BK) diberikan kepada 421 penerima dan 144 penerima Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya